Happy New Year 2014

A brand new day in a year 2014!
Alhamdulilah..dah masuk 3 hari kita di tahun baru 2014. Tahun 2013 telah dilalui dgn meninggalkan banyak kenangan2 manis, tak lupa juga kenangan pahit dalam kehidupan irine. Mana yang baik irine dijadikan tauladan dan yang buruk itu irine jadikan pengajaran dan peringatan. Azam tahun lepas ada yang dah tercapai dan masih ada yang belum mencapai sasaran. Tapi insyaallah..mana yang belum tercapai tu irine sentiasa positif dan yakin Allah belum mengizinkannya lagi. So..forward list ke tahun ini..:). Kita usaha lagii…:) Kita pun bukan manusia sempurna kann..atleast kita dah usaha sebaik mungkin. Irine pun tak lepas dari melakukan kesilapan. Hanya syukur alhamdulilah dapat diucapkan kerana masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk memperbaiki diri. Diharap jika terdapat salah dan silap harap lapangkan hati 
maafkan irine ye. 
 
Masuk tahun baru ni irine sibuk dengan routine harian yang baru. Anak yg sulung dah masuk tahun 1 di S.K Puchong Utama 3. Anak no. 2 plak dah umur 5 tahun, insyaallah akan masuk Brainy Bunch Islamic Montessori di Cawangan Puchong Utama. Anak no 3 (bongsu la setakat ini..hehe) yg paling comel dalam family irine baby qaseh..baru genap umur 3 bulan. Irine hantar baby kat Taska Nurzara dekat dengan rumah je. Senang..tak payah nak travel jauh2.  Pagi2 agak kelam kabut sikit tapi manageable la..:). 
Tetiba teringat zaman kecik2 dulu.. macam ni lah keadaan mak dan ayah masa kami 7 beradik dah mula skolah. Mak irine dulu hanyalah seorang pekerja kilang dan ayah seorang pemandu di jabatan kerajaan tapi berjaya uruskan kami adik beradik dengan sempurna. Walau dalam keadaan serba sederhana, mak dan ayah dapat membesarkan kami hingga berjaya hantar kami masuk Universiti. Jasa mak dan ayah takkan irine dapat lupa kan dan hanya allah sahaja dapat membalasnya. Sekarang ni irine sendiri dapat rasa perasaan bila hantar anak ke sekolah. Feel the parents expectation toward their kids. Kerisauan dan kebimbangan semuanya ada. .Insyaallah..irine sentiasa berdoa supaya irine dapat jadi contoh dan jadi ibubapa yg baik untuk anak2.
Korang macamane plak? Share la cerita pengalaman tahun baru. Sape2 yang nak share , you may leave your comment and add your blog link skali. 🙂 
 irine nak wish you alls, 
HAPPY NEW YEAR 2014 
and 
Thank you for your time reading my blog. 
Kepada customers zahirine.com yang telah membeli Premium Beautiful , Bio velocity Sleep mate , Marine Essence Beauty Series dan BBPlus Collagen dgn irine , 
thank you again for your trust and supports. 
Thanks to awesomazingteam and 
Green Leaders Academy Malaysia ( GLAM)
 for a great and awesome experienced in online business. 
Doakan business irine berkembang maju. Insyaallah. 🙂
Irine doakan semoga segala yang kita hajatkan tahun 2014 ini dipermudahkan Allah. 
Love,
zahirine

Leave a Reply

Your email address will not be published.