Salam Ramadhan 1435H

“Ku Mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna…”
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana berpeluang menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.
 Tahun lepas saya berpuasa ketika mengandungkan anak ke 3 kami..baby Qaseh Nur Jannah. Alhamdulilah this year dah berlima family saya. Baby pun dah 9 bulan dan still breastfeed.
 Anak yang sulong pun dan 7 tahun..excited nak berpuasa. Semoga segala urusan dipermudahkan pada bulan puasa ni..insyaallah. Anak-anak saya bagi vitamin Abqari minda qenius..supaya bagi tenaga untuk focus dalam pelajaran. Saya dan suami minum mineral coffee untuk kekal aktif. Insyaallah tak mengantuk dan lapar. 
Setiap kali tiba bulan Ramadhan..kita sentiasa berdoa mudah-mudahan Ramadhan kali ini dapat dilalui penuh makna..agar diberi hidayah untuk menjadi muslim yang lebih sempurna dan pastinya lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf jikalau ada salah silap, terkasar bahasa, atau terdapat kata2 saya yang mengguris perasaan kawan2..harap dapat dimaafkan dengan ikhlas hati.
Salam Ramadhan Al Mubarak 1435H
 .
Semoga Allah limpahi kita dengan hidayah, rahmat dan kasih sayangnya. 
Amin.

Love,
Zahirine

Leave a Reply

Your email address will not be published.