Spaghetti Aglio Olio

www.zahirine.com

Spaghetti memang makanan kesukaan saya dan keluarga.
Bak kata orang..makanan penyelamat la dikala malas memasak.:)
Especially weekend..Malas rasanya nak masak lauk pauk bagai..rasa nak relax je layan si kecik QNJ (Qaseh Nur Jannah). Every Weekend memang masalah utama ialah nak fikri nak masak ape? haha..
tetiba teringat my friend shared with me this easy peasy way to cook Spaghetti Aglio Olio. Kalau makan kat restaurant tu tgk rencah dia simple je kan.. tp harga..mak aihh..
emm..takpe..demi untuk suami dan anak2 tersayang..terus cergas keluar beli bahan2 untuk memasak.:)
Ok Jom kita sediakan bahan2nya..
( mood excited!hehe)
Resepi Spaghetti Aglio Olio
Bahan-Bahan:

200 gm spaghetti yg telah dicelur 2 sudu besar minyak zaitun
2-3 ulas bawang putih
3-4 ekor udang sederhana besar
3-4 ekor isi kepah (Mussle) / sotong / ayam
Button mushroom (ikut suka)
3 Biji Lada Kering (Direndam Dgn Minyak Zaitun) kemudian dipotong kecil
1 sudu teh pati ayam / kiub ayam
2-3 potong capsicum hijau (potong dadu atau memanjang)
1 sudu teh oregano flakes daun parsley (dicincang)
cili padi (jika mahu pedas)
garam secukup rasa

Cara Penyediaan
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih yg telah dicincang. Hingga hampir kuning, terus masuk udang,mussle & pati ayam.
Setelah udang kemerahan, masukkan pula capsicum dan button mushroom.
Dan akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau.
Garam secukup rasa, cili padi, oregano dan daun parsley.
Cadangan Hidangan:

Sekiranya spaghetti nampak kering, boleh ditambah minyak zaitun. Tidak perlu risau jika hidangan nampak berminyak kerana minyak zaitun tiada kolesterol.
Lepas ni boleh la korang try resepi simple ni..senang je kan..:) Stock spaghetti wajib ada dalam cabinet dapur ye! Selamat mencuba 🙂
~Love~
z a h i r i n e

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *