New Born Baby

Assalamualaikum,
Hi semua!..lamanya tak update my blog ni.. πŸ˜‰ maaf sgt2.. sejak bertugas ditempat baru memang tak sempat nak update aktiviti2 peribadi dan business. 
Hari ni irine nak share..Kegembiraan buat kami sekeluarga..irine dah selamat melahirkan baby girl di KPMC Puchong Medical Centre pada 20 September 2013 jam 9.20malam. 
Syukur Alhamdulilah..
semuanya selamat. 
Terima kasih kepada semua family dan kawan2 yang mendoakan.
Pengalaman pertama kali bersalin di hospital swasta..memang puas hati dan terasa sangat2 dihargai. 
Suami pulak tak pernah seinci pun hilang disisi..
Thanks B..love you so much.
Menitik air mata saat melihat baby girl pertama yang dinanti2 selama ini..cantik! comel! Gebu2! 
Mudah2an menjadi pengikat kasih sayang kami sekeluarga. 
Abang ariel and aqep were so excited tunggu baby keluar.
Sebab tu baby pun x sabar nk keluar.. irine bersalin lebih awal dari tarikh EDD 9/10/2013. Tapi 37 weeks 2 days dah selamat bersalin. 
Kami namakan puteri kami..
Qaseh Nur Jannah
Semoga puteri kami jadi anak yang solehah , bijak pandai , taat perintah Allah dan ibubapa.
Amin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum,
Semua orang dah siap2 nak balik raya.. ada jugak yang dah pun mula bercuti awal pulang ke kampung. Bagus jugak macam tu.. perjalanan balik kg lebih lancar dan kurang kesesakan jalanraya. Mesti hati berbunga-bunga dan seronok nak beraya bersama keluarga! Itu lah tradisi budaya kita..Pulang ke kampung beraya bersama keluarga tersayang menjadi perkara wajib. Tak lengkap rasanya kalau takde istilah balik kampung..hehhe 
Masa zaman skolah  hinggalah zaman universiti..irine dah biasa berjauhan dari keluarga.. paling jauh dulu belajar di Uitm Pahang.. kemudian di Uitm Melaka dan Shah Alam.. Walaupun x jauh mana tp suasana balik kampung tetap terasa..zaman beli2 tiket kat pudu..tetinggal bas express la.. naik bas lompat2 pun pernah! Ish kalau nk diingatkan mmg pengalaman yg indah yg xleh dilupakan. Now bila dah kerja kat Putrajaya dan dah berfamily ni.. tetap berjauhan jugakk.. xpe la kan.. independent kononnyer,,hehhe.. (padahal dalam hati.. tetap nk jugak ada istilah balik kg! ..hahah)
Macam irine..kampung halaman di Johor Bahru, Johor. Mak ayah dan keluarga terdekat masih ramai di sana. So memang teruja nak beraya di jb coz this year turn raya di sana..Yeayyy!! anak2 pun happy and x sabar nak balik kg.. ramai geng katanye..:)
Dalam kesibukan kita nak menyambut syawal ni..janganlah kita lupa kepada orang yang kurang bernasib baik. Panjangkan sedekah kita pada mereka..insyallah allah beri besar ganjaran balik kat kita.
Di kesempatan ini, irine nak mohon maaf jika terdapat salah silap, terdapat kata2 penulisan yang menyinggung perasaan, harap uols maafkan ye. Terima kasih juga kerana sudi singgah baca blog irine yang tak seberapa ini.  
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
 dari irine sekeluarga.
 Semoga hari raya disambut dengan penuh kesyukuran.
 Berhati2 memandu pulang..
Jaga kesihatan dan elakkan pembaziran di bulan syawal. 
Salam Sayang,
zahirine

7th Years Wedding Anniversary

Assalamualaikum,
29 Julai 2013, Genap 7 thn usia perkahwinan irine dan suami.
Syukur sangat2 dikurniakan suami yang penyayang & bertanggungjawab.
Tak ternilai rasanya masa yang kami lalui bersama..saat susah dan senang.
Hari bahagia ini kami raikan bersama anak2 tersayang dan bakal menanti kelahiran my lil’ princess x lama lagi..
Insyaallah early august 2013.
Anak-anaklah pengikat kasih sayang keluarga.

Alhamdulilah.

Ya Allah, Peliharalah kasih sayang antara kami. 
Jauhkan kami dari hasutan syaitan.
Sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang.
Dulu Berdua denganmu..

Berempat lebih baik..:)

Insyaallah..

 Tahun ini kami berlima.!

Doakan irine ye..

Love, 

zahirine

Kuih Melayu

Kejap je masa berlalu..16 hari sudah kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ni..
ha..hari ni apa juadah buka puasa? 
masak or beli je kat bazaar ramadhan? 
Pada irine lagi puas rasanya kalau makan makanan yang dimasak di rumah compare dgn juadah yang dibeli. Kalau kuih muih tu haruslah beli je kan.. but mesti nak identify which place yg sedap. Kalau boleh biarlah apa yg dibeli tu habis dimakan..
bukan habis dibuang ok..:)
Bukan ape..sometimes tengok macam menarik..tapi bila dah beli..rasa x puas hati. Tak semua menepati citarasa. Bila tak sedap..mula lah pembaziran berlaku.
.ish! not good ..not good..
Citer pasal kuih melayu ni.. 
What is your most wanted kuih? 
Favourite kuih yg kalau tak makan memang asik teringat2 jer..heheh
Hari ni irine nak share sket pasal kuih kegemaran kami sekeluarga.

As for me.. Bingka ubi gula melaka jadi kegemaran. Rasanya manis2 gitew and i like yg garing part..which i call “corner lot” hihihi.. yg ade kulit hitam2 tu.. sedapppsss…
Kuih Keria pun irine suka jugak..tapi make sure kalau beli tu.. kuih tu gebu2 jer..x keras..rasanya mesti padat dengan adunan keledek dan gula yang seimbang.

Selain tu..irine suka kuih Cucur Badak. Suka sangat sebab ada serunding kelapa dalam dia.. rasa pedas2. Cucur badak yang sedap mestilah mempunyai texture yang tidak terlalu keras. 

Ada lagi kuih yang disalut dengan serunding kelapa ni..
Kuih Pulut Serunding. 
I really love this. 
Kalau nak yang serunding kelapa dia sedap..time buat tu kene lebihkan sikit udang kering.. baru terasa bila makan! 
 xdelah rasa kelapa jer..:P
Roti jala pun tak boleh lupe..
eh? ini kategory kuih ke? ahaks!hahah
 confius jap..:P

Husband plak suka makan Popiah Basah / Goreng
 
My 1st son, Ariel..dia ni pelik sikit.. 
x macam budak kecil biasa.. 
 Dia suka kuih tradisional..:)
 especially yang nenek selalu buat.

Kuih Ketayap

Putu Piring


Sagu Gula Melaka
Kuih Sagu Merah

Anak no 2. – Aqeef ni bab2 makan kuih muih ni cerewet sikit.
Tapi ade 2 jenis kuih favourite dia..
Karipap.
Kalau sekali makan confirm lebih dari sebiji dia boleh repeat!
Donut
 
i think ramai kanak2 sukakan kuih ni.. sbb kuih ni bersalut gula. rupanya pun gebu2 jugakk..
Korang plak suka kuih ape? 
boleh je share your comment di sini..
One thing bila semua dalam family kita dah ade kuih favourite..haruslah kene tahu buat!.. betul tak?
setakat ni ade a few kuih je yg irine tahu buat..hehe
tapi insyaallah demi memenuhi selera keluarga..
i will try my best belajar cara buat kuih tu.
Air tangan ibu kan lebih bermakna..:)
Kuih tradisional kebanyakannya manis-manis dan berkalori tinggi.. Jangan ambil dalam kuantiti berlebihan.
kesihatan perlu diutamakan.
love,
 ____________________________
zahirine 

Royal Baby!

Siapa tak kenal dengan pasangan Diraja popular England?
Siapa lagi kalau bukan anak kepada Beautiful Princess Dyana and Prince Charles kan..
 Prince William and Kate Middleton
Both are such an adorable and lovely couple! 
Sweet  je tgk diorg berdua..:)
to me both of them like a PERFECT Couple!
Majlis perkahwinan mereka dulu sangat2 meriah 
and millions of people around the world watched the wedding ceremony on TV.

Lepas kawin pulak..mereka tetap menjadi tumpuan apabila kate telah pregnant. All the royal families excited with the news. 
 Soon..Prince Charles going to be a granddaddy..:)
Yeayy!!
I am one of her fans..:) 
Irine suka tgk Kate Middleton.. Jelita..tinggi lampai, lemah lembut dan sopan giteww..
Paling suka sangat tengok rambut dia..:) 
bak kata orang ..beliau pandai membawa dirinya di majlis2 rasmi yang dihadirinya bersama suaminya. Kalau dah jadi orang yang cantik ni.. for sure apa dia buat, apa dia pakai jadi perhatian.
Dah jadi PUBLIC FIGURE!
Cuba tengok fashion beliau semasa pregnant. Her appearance in public was always stunning!

On last monday,  THOUSANDS of excited well-wishers have gathered outside Buckingham Palace as the world waits with bated-breath for the royal baby.  The Queen and her Corgi arrived at Buckingham Palace this afternoon to cheers from crowds – looking forward to hearing news of her great-grandchild.

Finally on Tuesday, her Royal Highness The Duchess of Cambridge was safely delivered of a son at 4.24pm, weighing 8lbs and 6ozs. Both mother and baby are said to be doing well.

YEAYY!! ITS A BOY!

The Queen, The Duke of Edinburgh, The Prince of Wales, The Duchess of Cornwall, Prince Harry and members of both families have been informed and are delighted with the news.

Congratulations  
to Prince William and Kate Middleton!

 

The Royal baby has been named George Alexander Louis and will be known as 
His Royal Highness Prince George of Cambridge. 

Royal baby makes his first public appearance with proud parents outside hospital.

Kate Middleton’s Mum & Dad Visit Royal Baby In Hospital

Queen visits Kensington Palace to meet new great-grandson

Look at both of them..wearing same polkadot blouse. 
2 adorable mothers.
 
Can’t wait for my turn! πŸ™‚

Return home to Kensington Palace!

The King’s Troop Royal Horse Artillery fire a 41 Gun Royal Salute in Green park to mark the birth of the royal baby. 

What else so special..
It’s the new little prince’s first magazine cover! 
Wow!
Welcome to the world Prince George! 

I enjoyed looking at their proud faces.
Kate and Will’s graciousness brought tears to my eyes!
What a special couple they are to share their baby to the world..
In Malaysia, some public figures even sorok anak diorang and the worst part is ..they put certain prices if media people want to publish the photos! hmm..
Well, congrates again kate and will.. 
Take care 
I am so excited to go through another 2 mths..
Can’t wait to see my lil’ princess..
wish if she has a nice hair and beautiful smile like kate!hahah
chewahhh! πŸ˜›
p/s : tiba2 teringat masa pegi free trip to London and Paris..:)
i miss london..:) 

Love,
________________________
zahirine

Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum,
Sehari sebelum puasa yang lalu, irine sekeluarga menerima berita nenek sebelah ayah telah pulang ke rahmatullah. 
Innalilah..
Walaupun pemergiannya di subuh 9 Julai 2013 tenang sekali..
kami sekeluarga sangat sedih dan berdoa semoga roh arwah nenek (kami panggil atok nab) dicucuri rahmat.
Belum sempat beliau menemui ramadhan yang indah tahun ini.
Tapi Allah lebih menyayanginya.
Arwah meninggal di usia 80 tahun kerana masalah paru-paru. Beberapa minggu sebelum pemergian beliau, keadaannya sihat dan ceria..Siap boleh menelefon anak-anak lagi.. Mungkin arwah tak nak anak-anaknya risau.
Namun, siapalah kita nak menolak ketentuan Allah. 
Ajal dan maut ditangannya.
Akhirnya atok nab pulang menemui penciptanya sehari sebelum Ramadhan tiba.
Walaupun kami tidak rapat..perasaan sedih tetap ada kerana kehilangan keluarga tersayang.
Kedua-dua atok dan nenek sebelah mak dan ayah sudah tiada.
Anak-anak juga belum sempat bermesra dengan oyang mereka.
Inilah sebuah kehidupan..hanya Allah yang maha mengetahui.
Mungkin esok giliran kita pula..
Semoga arwah atok nab ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
AL- FATIHAH…

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1434H/2013M

Di Bulan Ramadhan yang mulia ini pastinya ramai yang ingin mengetahui waktu berbuka dan juga waktu bersahur sepanjang bulan Ramadhan.
 Dalam Islam juga ada menerangkan bahawa kita tidak boleh melambat-lambatkan waktu berbuka puasa tetapi boleh melambatkan bersahur sebelum waktu imsak tiba.
 So adalah lebih baik sekiranya kita peka terhadap waktu tersebut agar mendapat lebih keberkatan.
Sebagai panduan seluruh umat Islam yang akan menjalani ibadah puasa, berikut adalah jadual waktu imsak dan berbuka Puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia bagi tahun 2013 / 1434H. Sila klik pautan / link negeri yang berkenaan untuk melihat waktu imsak dan iftar sesuatu kawasan.
.

BIL

NEGERI

WAKTU IMSAK DAN BERBUKA

1.
WILAYAH PERSEKUTUAN

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Kuala Lumpur Dan Putrajaya

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Wilayah Persekutuan Labuan

2.
SABAH

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Sabah

3.
SARAWAK

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Sarawak

4.
JOHOR

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Johor

5.
PAHANG

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Pahang

6.
MELAKA Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Melaka
7.
NEGERI SEMBILAN

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Sembilan

8.
SELANGOR

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Selangor

9.
PERAK

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Perak

10.
TERENGGANU

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Terengganu

11.
KELANTAN

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Kelantan

12.
KEDAH  Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Kedah
13.
PULAU PINANG  Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Pulau Pinang
14.
PERLIS

 Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri Perlis

* Sumber: Pengurusan Fatwa, Jakim
ikhlas ,
Info Ramadhan
ZAHIRINE
Green Leaders Academy Malaysia
 

Salam Ramadhan 2013

Ramadhan kembali lagi.. syukur alhamdulilah.
 Semalam semua umat islam seluruh dunia sudah menunaikan ibadah puasa. 
Sempena bulan yang penuh barakah ini..irine nak memohon maaf jika terdapat kata-kata di dalam blog ini yang mengguris perasaan readers semua. Sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Sama-sama kita mengambil peluang meningkatkan amalan2 yang baik seperti khuyuk dalam bersolat, membaca Al-Quran ,bersedekah dan lain2 lagi agar diri kita semakin dekat dengan Allah . 
Jauhi dari perkara-perkara yang Allah larang. 
Semoga ibadah puasa kita sebulan ini 
diterima allah. 
Selamat menunaikan Ibadah Puasa 
dengan penuh ketaqwaan dan kesabaran.

love :
ZAHIRINE
Green Leaders Academy Malaysia
012-2700873